Friday, July 30, 2010

Design Suka-suki..(",)

Lama pulak rasenye buat entry. Semalam deliver cuppies utk Ms. Faezan. Since my sis (another baker) free, dia join skali buat cuppies.

Ms. Faezan minta 10 cuppies ade sticker for her dear sis. Then yg lain tu campuran petals, spiral, dan base buttercream (ade flavor baru! LIME FLAVOR warna hijau!) di atas layer chocolate ganache.




Thank you Kak Ezan atas tempahan.

Then another avant-garde (cam baju la pulak bunyinyer) decoration ciptaan my sis. Dia nk hadiahkan pada seseorang (opps..takde skandal ye. My sis yg ayu lagi baik hati teramat ni masih single-mingle (sbb dia ni pemalu amat sih..). Nak masuk line boleh isi borang..erk..jgn mare kak! Adikmu ini mmg nakal seperti biase..peace!!!). Inilah cuppies beliau..





Thursday, July 22, 2010

Cuppies for cekgu sekolah dan parents..

Wah..dah 2 hari tak update blog. Sibuk ke? Tak pandai manage masa kot? Tapi yang pasti tempahan pelanggan tetap dipenuhi.

1. Cuppies untuk dibawa pulang ke kampung buat ayah bonda tercinta.




Terima kasih Siti Nur!


2. Untuk cikgu2 di salah sebuah sekolah Putrajaya. Anyaman fondant dgn warna sekolah (biru dan kuning).




Terima kasih Shafinaz!

Sunday, July 18, 2010

PROMOSI RAYA - cuppies pada harga kuih raya!!!!

Meriahkan suasana Raya anda dengan produk terbaru kami, Simplifudge dan Triple Choc Spiral. Kedua-duanya dalam bite-size cup! Sgt comel cuppies baru ini...harus anda mencubanya!

1) Simplifudge


Simplifudge ini diperbuat daripada kek coklat moist dan dihiasi topping fudge coklat enak. Gabungan rasa dark chocolate, cream, dan butter tentunya akan meninggalkan sensasi chocolate-butter yang tiada tandingan kepada deria rasa anda!

Harga: hanya RM 27.50 untuk 48 cuppies!


2) Triple Choc Spiral

Tiga dalam satu! Hidangkan cuppies chocolate moist cake bertoppingkan chocolate ganache lazat dengan leretan white chocolate ini di Hari Raya anda. Pasti menambat selera setiap tetamu yang hadir :).

Harga: hanya RM 29 untuk 48 cuppies!

Promosi harga ini bermula dari 20 Julai 2010 hingga 30 September 2010.

Tempahan ditutup sementara pada 9 hingga 15 September 2010 sempena cuti Raya.

Thursday, July 15, 2010

Happy Burstday SIS!

Ms. Hani ada kejutan istimewa untuk kakaknya malam ni! Jadi dia minta Dya buatkan cuppies dgn warna-warna striking. Base diminta adalah daripada warna kuning terang dan hijau pucuk pisang..wow! Blok hurufnya Dya buatkan daripada warna pink striking dan peach terang. Untuk hiasan simple, Dya buatkan tema spiral daripada coklat ganache bagi setiap cup. Selamat hari meletup! (Happy Burstday seperti yang diminta) :)







A box of luv..

Pagi ni deliver sekotak cuppies saiz M untuk Ms. Aini. Tempahan ini khas untuk her nephew tersayang, Ammar. Ada base anyaman dari gabungan warna merah terang dan hijau serta edible sticker gambar robot Transformers..kanak2 lelaki pasti suka! Oleh kerana kotak ni nk dibawa berjalan jauh, jadi Ms Aini minta kotak yg ada pemegang cup..untuk keselamatan kek.. Heee...




Monday, July 12, 2010

Cuppies birthday

Malam tadi hantar cuppies birthday ke Jusco Equine Park. Cuppies yg dibuat ada pelbagai flavors baru iaitu Banana Buzz, Sweet Strawberry, Blueberry Blast dan O-zy Orange. Nampaknya semua yg merasa gemarkan flavor baru tersebut! Beginilah rupa cuppies yg diminta:

Special for their BFF..

For Ms. Caroline..

Packed in special box and special cuppies board

Just for you..a boz of sweet happiness!

Warm colors combination

Semalam ada deliver tempahan di UPM. Beginilah design dan colors combination yg diminta.

Sold at RM35. Thank you Fiza!

Sunday, July 11, 2010

NEW FLAVORS OUT!!

Seperti yang dijanjikan, DyaLizz Cupcake telah menghasilkan topping buttercream berperisa dan ianya telah sedia untuk tempahan anda! Terdapat 4 perisa baru untuk dicuba:

Menurut tester kami, buttercream berperisa ini paling enak dimakan jika dilayer di atas chocolate ganache. Kini topping buttercream anda tidak terhad kepada rasa vanilla semata-mata. Walaubagaimanapun original buttercream tetap ada untuk tempahan anda. Selamat mencuba!

Friday, July 9, 2010

Topping: sedap atau cantik?

Apakah perkara utama yg dinilai semasa membeli cuppies? Tentulah rupa bukan? Kebanyakan pembeli cuppies memang mementingkan rupa bentuk hiasannya (topping). Tapi xkurang juga yg sebelum makan cuppies tersebut akan ambil sudu dan sudukan keluar topping untuk mengelak rase yg kurang digemari. Baiklah, di sini kami nak berkongsi dengan anda tentang topping cuppies.

1) Topping buttercream icing

Iye..ini adalah topping kegemaran ramai pembuat cuppies. Mengapa? Kerana ianya mudah disediakan, murah harganya, dan mudah diacukan ke pelbagai rupa bentuk yg indah2 semuanya. Untuk makan cuppies dgn topping sebegini tips yg perlu anda praktikkan adalah:
a- luaskan mata dan pandangan anda untuk menikmati rupa bentuk cantik tersebut sepuasnya
b- kebaskan deria rasa pada lidah anda
c- telan je terus cuppies kecik molek tersebut tanpa perlu berfikir banyak
Nah..mudah bukan? Dan dalam memori anda akan selama-lamanya terpahat rupa bentuk indah cuppies tersebut.

2) Topping fresh cream

Topping jenis ini dihasilkan daripada whipping cream atau heavy cream. Warna putih saljunya amat memikat mata selain rasanya yang semi-sweet. Tapi tak selalu boleh kita jumpa cuppies dgn fresh cream kan? Sebabnya? Tak dapat kami pastikan. Tapi kami membuat andaian ia adalah disebabkan kosnya yg agak mahal berbanding buttercream di samping penyediaannya memerlukan suhu dingin.

3) Fondant

Fondant atau juga kadang-kala digelar gum paste kebiasaanya dihasilkan daripada confectioner's sugar atau gula icing. Nisbah gula yang amat banyak (>90%) ini natijahnya memberikan rasa manis teramat kepada fondant. Despite of rasa manisnya, fondant adalah suatu bentuk hiasan yang boleh didekorasi sesuka hati sehingga kek biasa mampu menjadi sebuah arca ulung yang tak berkelip-mata-memandang! Kek dihiasi fondant sedang mengejar untuk mengungguli carta pilihan kek-kek perkahwinan..namun sayangnya..di hujung majlis sering kita menjumpai sisa fondant ini yang telah di'peel off' sebelum kek dimakan..huhuhu..

4) Topping chocolate ganache

Chocolate ganache adalah antara topping famous untuk menghasilkan gabungan rasa yg sangat enak pada cuppies. Kualiti rasanya adalah bergantung kepada jenis coklat dan cream yang digunakan di samping nisbah antara keduanya. Penyediaan chocholate ganache juga perlu dititikberatkan bagi menghasilkan ganache yang shiny, pekat, dan mempunyai rasa yang enak. Menurut pendapat sesetengah chef, penggunaan coklat dengan kadar peratusan 70% of dark chocolate adalah yang paling sesuai (bergantung pada pendapat masing-masing). Cuma kekurangan topping ini ialah ganache dari dark chocolate ini tak boleh diwarnakan mahupun digayakan seperti buttercream icing topping. Melainkan ia disejukkan kemudian diputar sikit menjadi ala-ala fudgey barulah ia boleh digayakan dengan piping bag..tapi itupun agak terhad jugak.

Jadi bagaimanakah mendapatkan topping yang cantik jugak sedap dimakan? Entahlah..tapi kami pasti di luar sana terdapat pembuat dan penjual cuppies yang telah berjaya menghasilkan topping enak dan cantik digayakan tersebut.

Di DyaLizz Cupcake, kami juga sedang berusaha menghasilkan toping-topping yang sedap dimakan dan cantik digayakan. Bagi buttercream icing topping, kami sedang berusaha menjadikan ia berperisa agak enak dimakan. Dan bagi fondant pula, kami sedang menggantikan 70% confectioner's sugar dengan mashmallow! Ianya mengurangkan rasa manis pada fondant namun tetap boleh digayakan sesuka hati seperti fondant. Custom made fondant kami telah hampir berjaya dan akan digunakan menggantikan fondant biasa (yang digunakan sekarang) tak lama lagi.

NANTIKAN KEMUNCULAN TOPPING2 CUSTOM MADE KAMI TAK LAMA LAGI!!!

dyalizz cupcakes..we bake happiness in each cup!

Thursday, July 8, 2010

Cuppies untuk Ibu, Ayah, dan si Kembar

Hari ni deliver cuppies lagi di UPM..16 biji saiz S. Temanya adalah sticker (edible cake sticker) untuk si Awang kembar dan selebihnya untuk ibu dan ayah. So..inilah dia

Sticker robot transformers untuk the twin brothers, roses dan petals untuk ibu dan stars/chocolate chips untuk ayah. Kerana pembekal kehabisan kotak biasa, maka kami gantikan dgn kotak floral secara percuma tanpa bayaran tambahan. Sold at RM 25. Thank you Kak Yuzi!

Wednesday, July 7, 2010

CARA MEMBUAT TEMPAHAN

Anda ingin membuat tempahan? Mudah saja. Hanya 2 langkah:

Langkah pertama: Emailkan perkara di bawah kepada kami (dya.lizz@gmail.com)

a) Nama anda
b) No. untuk dihubungi
c) Saiz cup
d) Perisa (hanya chocolate moist buat masa ini. Perisa lain akan diupdate kemudian. Harap maaf)
e) Topping pilihan (tidak terhad. Boleh pilih pelbagai jenis topping)
*f) Design
*g) Bilangan cuppies OR bajet harga
h) Tempat pengambilan
i) Tarikh pengambilan

Langkah kedua: Kami akan menghubungi anda untuk memberi anda gambaran design dan harga yang perlu dibayar.

-----------------------------------------------------------------------------------------
Bagi pilihan bertanda *f) terpulang kepada anda untuk menentukan design sendiri atau serahkan pada kami untuk mendekorasi cupcake anda.

Bagi pilihan bertanda *g) pula, terpulang kepada anda untuk menentukan bilangan cuppies beserta design (f) dan kami akan menentukan harganya ATAU anta tentukan bajet dan kami menentukan bilangan cuppies mengikut design yang dipersetujui.

Mudah sahaja bukan? Selamat membuat tempahan! :)

Maklumat tambahan: urusniaga kami dijalankan dalam bentuk RM tunai sahaja. Tempahan hendaklah dibuat selewat2nya 3 hari sebelum pengambilan (tempahan melebihi 100 biji perlu dibuat 7 hari lebih awal dari tarikh pengambilan).

Packaging

Berikut adalah beberapa jenis pembungkusan yang boleh anda pilih.

1- Pembungkusan individu/Individual packaging: terdapat dalam bentuk plastik (seperti gambar di bawah) atau kotak kecil. Jenis ini amat sesuai untuk majlis harijadi anak2 anda atau sebarang majlis. Boleh diperolehi untuk cuppies size M dan L sahaja.







2- Pembungkusan 4 cuppies. Boleh diperolehi untuk cuppies size S sahaja.


3- Pembungkusan kotak tanpa pemegang cup. Boleh didapati untuk kotak tanpa corak dan kotak bercorak.


4-Pembungkusan kotak dengan pemegang cup.


Setiap kotak pembungkus mempunyai harga yang berbeza. Hanya kotak plain tanpa pemegang cup adalah percuma untuk setiap tempahan.

Adalah dimaklumkan bahawa corak dan jenis kotak adalah tertakluk kepada pembekal. Jika pembekal kehabisan stok, kami akan menggantikan pembungkusan tempahan anda dengan yg setara dengan jenis pilihan anda tanpa sebarang kos tambahan.

Some designs from us..

Topping pada cuppies selain memberi rasa, ia juga berfungsi sebagai penyata hasrat (eg. happy birthday, I love U, etc) atau sekadar penarik mata memandang. Dya Lizz Cupcakes sentiasa mengalu-alukan design dan kreativiti daripada pelanggan dalam menghasilkan cuppies terbaik untuk kepuasan anda. Di sini kami juga menyertakan beberapa contoh design yg mungkin menarik minat anda. Selamat menikmati!

1- Design paling simple yang digemari kanak2! Gabungan rasa coklat enak bersama mashmallow..can think of anything better than this?



2- Design ringkas yang biasa ditempah untuk parti harijadi kanak2 tadika. Flowers for the little girl, mashmallow for the little boy. Cuppies ringkas ini juga didatangkan bersama2 packaging individu yg cantik (sila lihat entry Packaging).



3- Strawbery rice balls! Anda seorang yang santai dan sukakan hiasan simple? You should try this! (rice balls ini juga terdapat dalam perisa chocolate dan asli).



4- Golden pearl tiny balls..aren't they cute?


5- Petals..for the ladylike person!




6- Butercream icing sebagai base dihiasi blok huruf daripada fondant dan coklat chip. You'll love this!



7- Buttercream icing base dan fondant stripes (boleh tambah blok huruf di atas).




8- Color merging. Cantik bukan? Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibuat tapi kepuasan anda menjadikan ianya lebih mudah bagi kami :).





9- Our ultimate creativity (so far)..anyaman tikar mengkuang! Khas untuk anda. Menganyam fondant yg lembut memang perkara yg sukar dan memerlukan teknik dan kesabaran yg tinggi. And we present this art from the bottom of our heart JUST FOR YOU..our dear customers :).



Tuesday, July 6, 2010

Pilihan topping

Topping bukan sekadar untuk hiasan malah memberi rase enak kepada kek. Jika anda penggemar coklat, pastinya pilihan di bawah menjadi tarikan utama:

1) Chocolate ganache
2) Chocolate ganache + fondant
3) Chocolate ganache + fresh cream
4) Chocolate ganache + buttercream icing
4) Chocolate ganache + buttercream icing + fondant
5) Chocolate ganache + buttercream icing + freash cream


Atau mungkin anda lebih sukakan rase asli buttercream icing tanpa chocolate ganache? Jika ya, ini mungkin pilihan anda:

1) Buttercream icing
2) Buttercream icing + fondant
3) Buttercream icing + fresh cream


Jika anda adalah seorang yg gemarkan semi-sweet food, mungkin anda ingin memilih ini:

1) Fresh cream

Make your own choice! Aren't these varieties a great joy for your taste buds?

We LUV to play with colors!

Warna-warna menarik amat penting dalam sesuatu decoration. Di DyaLizz Cupcakes, kami bukan sekadar mewarna decoration, malah kami juga menggabungkan pelbagai warna dalam menghasilkan blok huruf dan base for topping yg lebih menarik! Antara warna2 yg boleh dipilih adalah:

1) Putih/White (hanya untuk fondant dan fresh cream sahaja)
2) Putih kekuningan/Yellowish (warna original buttercream icing)
3) Merah/Red
4) Biru pastel/Pastel blue
5) Ungu/Purple
6) Jingga/Orange
7) Kuning lemon/lemon yellow
8) Kuning telur/yellow egg
9) Hijau epal/Apple green
10)Hijau tua/Dark green

Untuk tempahan anda boleh memilih sebarang gabungan warna dari kesepuluh warna-warna di atas! Selamat memilih..:)

Tempahan terbaru

Bagi penggemar cupcakes, bukan hanya rase yg dititikberatkan tetapi juga decorationnya. Apatah lagi jika cuppies itu adalah suatu pemberian untuk yg tersayang. Bagaimana kami tahu? Tentulah kerana kami juga adalah cuppies cravers! Antara contoh2 tempahan terbaru..


Untuk si dia buah hati tersayang: 16 biji cuppies saiz S dgn fondant decoration. Base warna pink menyerlahkan huruf2 block gabungan warna purple dan pastel blue. Decoration ditambah dgn anyaman corak tikar mengkuang (fondant) juga gabungan warna ungu dan pastel blue.


Dalam floral box as requested..and this box which brings thousand of smile to HER cost him only RM22! Thank you Mr. Azam!



Pemanis mulut di harijadi anak lelakinya; 25 biji cuppies saiz S dgn simple fondant decoration dalam plain box (hanya RM 30).
Thank you Mrs. Haema!


Lebih banyak gambar untuk tatapan anda dalam post2 akan datang. Jgn lupa jenguk blog kami..:)