Friday, July 9, 2010

Topping: sedap atau cantik?

Apakah perkara utama yg dinilai semasa membeli cuppies? Tentulah rupa bukan? Kebanyakan pembeli cuppies memang mementingkan rupa bentuk hiasannya (topping). Tapi xkurang juga yg sebelum makan cuppies tersebut akan ambil sudu dan sudukan keluar topping untuk mengelak rase yg kurang digemari. Baiklah, di sini kami nak berkongsi dengan anda tentang topping cuppies.

1) Topping buttercream icing

Iye..ini adalah topping kegemaran ramai pembuat cuppies. Mengapa? Kerana ianya mudah disediakan, murah harganya, dan mudah diacukan ke pelbagai rupa bentuk yg indah2 semuanya. Untuk makan cuppies dgn topping sebegini tips yg perlu anda praktikkan adalah:
a- luaskan mata dan pandangan anda untuk menikmati rupa bentuk cantik tersebut sepuasnya
b- kebaskan deria rasa pada lidah anda
c- telan je terus cuppies kecik molek tersebut tanpa perlu berfikir banyak
Nah..mudah bukan? Dan dalam memori anda akan selama-lamanya terpahat rupa bentuk indah cuppies tersebut.

2) Topping fresh cream

Topping jenis ini dihasilkan daripada whipping cream atau heavy cream. Warna putih saljunya amat memikat mata selain rasanya yang semi-sweet. Tapi tak selalu boleh kita jumpa cuppies dgn fresh cream kan? Sebabnya? Tak dapat kami pastikan. Tapi kami membuat andaian ia adalah disebabkan kosnya yg agak mahal berbanding buttercream di samping penyediaannya memerlukan suhu dingin.

3) Fondant

Fondant atau juga kadang-kala digelar gum paste kebiasaanya dihasilkan daripada confectioner's sugar atau gula icing. Nisbah gula yang amat banyak (>90%) ini natijahnya memberikan rasa manis teramat kepada fondant. Despite of rasa manisnya, fondant adalah suatu bentuk hiasan yang boleh didekorasi sesuka hati sehingga kek biasa mampu menjadi sebuah arca ulung yang tak berkelip-mata-memandang! Kek dihiasi fondant sedang mengejar untuk mengungguli carta pilihan kek-kek perkahwinan..namun sayangnya..di hujung majlis sering kita menjumpai sisa fondant ini yang telah di'peel off' sebelum kek dimakan..huhuhu..

4) Topping chocolate ganache

Chocolate ganache adalah antara topping famous untuk menghasilkan gabungan rasa yg sangat enak pada cuppies. Kualiti rasanya adalah bergantung kepada jenis coklat dan cream yang digunakan di samping nisbah antara keduanya. Penyediaan chocholate ganache juga perlu dititikberatkan bagi menghasilkan ganache yang shiny, pekat, dan mempunyai rasa yang enak. Menurut pendapat sesetengah chef, penggunaan coklat dengan kadar peratusan 70% of dark chocolate adalah yang paling sesuai (bergantung pada pendapat masing-masing). Cuma kekurangan topping ini ialah ganache dari dark chocolate ini tak boleh diwarnakan mahupun digayakan seperti buttercream icing topping. Melainkan ia disejukkan kemudian diputar sikit menjadi ala-ala fudgey barulah ia boleh digayakan dengan piping bag..tapi itupun agak terhad jugak.

Jadi bagaimanakah mendapatkan topping yang cantik jugak sedap dimakan? Entahlah..tapi kami pasti di luar sana terdapat pembuat dan penjual cuppies yang telah berjaya menghasilkan topping enak dan cantik digayakan tersebut.

Di DyaLizz Cupcake, kami juga sedang berusaha menghasilkan toping-topping yang sedap dimakan dan cantik digayakan. Bagi buttercream icing topping, kami sedang berusaha menjadikan ia berperisa agak enak dimakan. Dan bagi fondant pula, kami sedang menggantikan 70% confectioner's sugar dengan mashmallow! Ianya mengurangkan rasa manis pada fondant namun tetap boleh digayakan sesuka hati seperti fondant. Custom made fondant kami telah hampir berjaya dan akan digunakan menggantikan fondant biasa (yang digunakan sekarang) tak lama lagi.

NANTIKAN KEMUNCULAN TOPPING2 CUSTOM MADE KAMI TAK LAMA LAGI!!!

dyalizz cupcakes..we bake happiness in each cup!

2 comments:

  1. Erm..my opinion, org klau tgk makanan, first impression la yang penting. Kalau rupa dia lazat, org akan sambar then makan. Baru diaorg judge rasa. so, the most important thing is, rupa kek tu. Lepas tu kasi rasa kaw2. baru org nak makan lagi. hehehe..

    ReplyDelete