Monday, October 11, 2010

Ke mana Dya dan Lizz??

Salam semua! Lama betul Dya tak update blog ni. Dya dan Lizz betul2 busy lately..di samping tempahan yang semakin banyak (peak time sebab musim konvo..), Dya juga ada beberapa deadline dlm study Dya. Kena submit thesis by Disember, final seminar PhD pada 1 dan 2 November..dan yg paling menakutkan, my co-supervisor Prof Eric J Stanbridge dari University of California, Irvine, US akan dtg for meeting on my project pada 14 - 17 November! Fuh! Ini yg paling menggerunkan! Well..baker Lizz pon sgt busy sekarang. Dia ni jadi urusetia untuk bebrapa program melibatkan MARA dan YADIM..asyik terkejar2 ke sana sini.. Jadi di sini kami ingin memohon maaf sebanyak2nya kepada customers yg terpaksa kami tolak tempahan mereka disebabkan tak cukup masa untuk menyiapkan tempahan2 tersebut..maafkan kami..maafkan kami..(lagu P. Ramlee..;)

2 comments: